Kursus Asas ICT (Media Sosial)
23 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 21 & 22 Oktober 2017, PI Ppr Tmn Malihah telah mengadakan Kurus Asas ICT (Media Sosial). Program ini Bertempat di PI PPR Taman Malihah, peserta yang terlibat seramai 15 orang yang terdiri daripada Bahagian Pengurusan Masjid iaitu Imam dan bilal. Kursus ini adalah kerjasama daripada pihak SKMM dan JAKIM (Sarawak). Kursus ini bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang selama dua hari berturut-turur. Tujuan aktiviti ini untuk Memperkasakan teknologi maklumat di setiap masjid untuk menyampaikan berita atau info agama serta dapat menyampaikan dakwah mereka melalui media. Penguasaan bidang ICT bagi memudahkan dalam menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan dan cepat. Menjadikan ICT satu medium terpenting dalam komunikasi.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kursus yang di berikan:
• Kemahiran dalam pengendalian media social sebagai tempat untuk kongsi ilmu agama.
• Menjadikan Media social sebagai medan atau medium utama untuk meyebarkan dakwah.
• Menjadikan media social sebagai tempat untuk berbincang atau berhujah tentang aktiviti-aktiviti di masjid atau surau pada masa akan dating.
• Menerapkan ICT sebagai satu kaedah dalam komunikasi antara satu sama lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: